Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

WATAK & PERWATAKAN SONGKET BERBENANG EMAS

 



Watak Utama 

Dahlia

1. Anak sulung - harapan keluarga mempunyai lima orang adik.

2. Seorang yang bakal menduduki STPM- Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim.

3. Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya.

4. Seorang yang bijak - Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

5. Hidup dalam suasana kemiskinan – berhutang dengan Tauke Lim.

6. Seorang yang tidak sombong – melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.

7. Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak.


Watak Sampingan 

Saleha

1. Ibu Dahlia.

2. Berumur 39 tahun.

3. Mempunyai enam orang anak (Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar)

4. Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang.

5. Bekerja sebagai penoreh getah.

6. Seorang yang penyayang - semasa sihat, beliau yang menjaga semua keperluan anak- anaknya.


Embong

1. Bapa Dahlia

2. Berasal dari Melaka.

3. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

4. Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.

5. Seorang yang percaya akan kehendak takdir – Isterinya menjadi kurang siuman.

6. Seorang yang penyabar - Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

7. Seorang yang berani - Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.


Azhari

1. Berkumis nipis, bermuka bulat, tinggi dan kacak.

2. Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.

3. Berpendidikan tinggi - baru mendapat segulung ijazah.

4. Suka akan Dahlia

5. Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh.

6. Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.


Post a Comment

0 Comments