Tema
Kecekalan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Semasa berada di Kampung
sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur untuk
mengadu masalah.
Dia
berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang
kental.
Walaupun pernah ditahan, dikurung dan diikat
oleh Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya.
Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya
untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu.
Lili cekal mengikuti perkembangan kisah jendela
rumah di kampung itu yang menghadap jalan.
Persoalan
1. Persoalan Masalah Kepincangan Rumah
Tangga seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang
selalu memukul anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang
suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah
berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut
berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta
cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
2. Persoalan Keagamaan – Dalam
perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam.
Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah
balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan Persahabatan –
Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan
agama dan bangsa.
4. Persoalan Perpaduan Antara Kaum –
Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin
antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa
perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan
Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra
dan rapat.
5. Persoalan Menuntut Ilmu Pengetahuan –
Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan
seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu
juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6. Persoalan Golongan Muda Yang Terjebak
Masalah Dadah – Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan
dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga
kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga
menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan
diri dalam kancah ketagihan dadah.
7. Persoalan Hubungan Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga mengganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan Hubungan Manusia Dengan Alam
Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat
mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk
mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk sering disindir
oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang
bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya
sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek
berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa
pengetahuannya.
9. Persoalan Suka Fitnah Memfitnah Dalam
Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama
lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan.
Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah
pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
10. Persoalan tentang sikap prihatin
- Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga.
Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka
kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering
ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan
Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan
tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
11. Persoalan tentang masalah sosial
penduduk kampung - Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa,
nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial.
Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
0 Comments