Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 2: JENDELA MENGHADAP JALAN


SOALAN LATIHAN : 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan watak utama dalam menangani konflik. 

                                                                                 (6 markah)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin. Terdapat peristiwa yang menunjukkan watak utama dalam menangani konflik.

Peristiwa yang pertama ialah Lili berkonflik dengan ibunya kerana terpaksa mengorbankan masa cutinya dengan kawan-kawan apabila disuruh pulang ke kampung. Oleh itu, bagi menyelesaikan konfliknya, Lili menyembunyikan perasaannya untuk menjaga hati ibunya.

Peristiwa seterusnya ialah Lili berkonflik dengan dirinya apabila berasa simpati dengan nasib Che Jah sekeluarga yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Oleh itu, bagi menyelesaikan konfliknya, Lili meminta bantuan daripada Hamimah yang bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah tersebut.





Post a Comment

0 Comments