Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

KARANGAN RESUME KSSM




Standard kandungan

3.4 Menulis untuk sesuatu penulisan secara terancang.

Standard pembelajaran

3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.



KERTAS 1 (KARANGAN BAHAGIAN A) RESUME

Panjang karangan antara 150 – 200 patah perkataan. 

Soalan adalah berdasarkan kombinasi pelbagai bahan rangsangan. 

30 markah.


RESUME

Kerangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman

Digunakan untuk memohon kerja.

Tujuan: memberi pendedahan kepada pelajar menulis resume ketika hendak memohon pekerjaan selepas SPM.


Langkah - langkah Penulisan Resume

1. Mengenal pasti jawatan yang ingin dipohon.

2. Pastikan anda mengenal pasti apakah keperluan jawatan yang anda ingin memohon.

3. Oleh itu, anda perlu hanya memasukkan maklumat penting dan bersesuaian untuk jawatan yang hendak dipohon sahaja. (berdasarkan kehendak soalan / pilihan).


Apa yang perlu pelajar lakukan semasa menjawab soalan ini?

Baca arahan soalan dengan teliti
• Analisis keperluan bahan yang diberi
• Senaraikan isi penting mengikut kandungan resume
• Tulis resume dengan selengkapnya
 (idea mesti ditulis dengan menggunakan ayat yang lengkap)
• Semak jawapan sebelum dihantar




CONTOH SOALAN

Soalan

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan jawatan kosong. Berdasarkan iklan-iklan tersebut, sediakan satu resume yang lengkap bagi memenuhi salah satu iklan yang diminati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.




Format Penulisan Resume Peringkat KSSM 

1. Tajuk (Permohonan Jawatan Yang Dipohon)

2. Butir-Butir Diri

3. Kelulusan Pemohon

4. Anugerah semasa di sekolah

5. Kemahiran Teknologi Maklumat & Kemahiran Bahasa

6. Potensi Diri

7. Alamat Untuk Dihubungi

8. Rujukan


CONTOH SOALAN RESUME & CARA MENJAWAB






CADANGAN JAWAPAN


Permohonan Sebagai Guru Prasekolah

Nama : Muhammad Aliff Bin Idris

Kelulusan
Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah, Pulau Pinang. Selain itu, saya turut mendapat Anugerah Pelajar Terbaik bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ketika di Tingkatan Lima. Semasa di univeristi, saya telah berjaya memperoleh purata nilai gred tertinggi dan mendapat Anugerah Dekan bagi empat semester berturut-turut.

Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excell dan Power Point dengan baik. Saya juga sangat mahir dalam penggunaan Canva dan Apps seperti Kinemaster, Capcut dan sebagainya.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dengan baik dan lancar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, saya turut mempelajari dan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Kemahiran Tambahan
Saya boleh menari tarian tradisional Melayu seperti Zapin dan Inang. Saya juga berkebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Dengan kemahiran ini, sudah pasti saya dapat manfaatkannya untuk mengajar kanak-kanak tentang tarian dan alat muzik tersebut.

Potensi Diri
Saya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. 
Malahan saya mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya dalam menjalin hubungan yang mesra dengan kanak-kanak.

Alamat untuk dihubungi
No 27 Jalan Delima 4,
Taman Delima,
14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
No telefon : 012-4052387
E-mel : alif.idris@gmail.com

Individu Rujukan
Puan Haslina Binti Saad
Guru Bahasa Melayu
SMK Permai Indah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.


cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments