Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

TEMA & PERSOALAN SONGKET BERBENANG EMAS



 TEMA

Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup. 

1. Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila  emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia  terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya. 

2. Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka. Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut. 

3. Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya. 

4. Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir. Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. 


PERSOALAN

            💥Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran.

Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

 

           💥Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung.

Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.



💥Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya.


Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.


💥Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri.


Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan- rakannya sendiri.


💥Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain.


Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.


💥Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.


Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.


Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


💥Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.


Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.


💥Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri.


Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.




Post a Comment

0 Comments