Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

PANDUAN UMUM MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A KERTAS 1 SPM




 TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A


FORMAT PENTAKSIRAN

Soalan ini diajukan dalam Kertas 1, Soalan Bahagian A

Markah : 30 markah

Masa dicadangkan : 30 minit

Respons Terhad

● Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 150 – 200 patah perkataan.

● Satu soalan daripada kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Sekurang-kurangnya dua bahan berbentuk grafik, gambar, keratan akhbar dan sebagainya.

● Soalan akan memaparkan dua atau lebih bahan rangsangan yang mempunyai tema yang sama.

● Soalan tidak mempunyai kata kunci seperti faedah-faedah, langkah- langkah, punca-punca, faktor-faktor, kesan-kesan.

● Tidak berformat dan berformat.

    ⭐️Tidak berformat – arahan soalan umum / berfokus

  ⭐️Berformat – surat kiriman rasmi dan tidak rasmi, resume, 

        e-mel, dan lain-lain. 


TIP-TIP UNTUK MENJAWAB


1. Baca dan teliti maklumat yang terdapat dalam setiap bahan.

2. Kenal pasti TEMA, ISU dan KEHENDAK SOALAN.

3. Kenal pasti FOKUS dalam setiap bahan.

4. Karangan lengkap mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.

5. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik.

6. Untuk cemerlang, setiap bahan ada dinyatakan dalam karangan

7.Setiap isi dalam bahan rangsangan yang diberikan wajib digunakan sama ada dalam perenggan pendahuluan, isi atau penutup.


Cadangan bilangan patah perkataan bagi setiap perenggan

⭐️Strategi Tiga Isi 

Pendahuluan – 30 patah perkataan 

Isi 1 – 50 patah perkataan

Isi 2 – 50 patah perkataan

Isi 3 – 50 patah perkataan

Penutup – 20 patah perkataan


⭐️Strategi Dua Isi

Pendahuluan – 40 patah perkataan

Isi 1 – 60 patah perkataan

Isi 2 – 60 patah perkataan

Penutup – 40 patah perkataan


CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN A)

1. Karangan menepati tugasan bahan rangsangan.

2. Bahasa gramatis daripada aspek kata dan ayat.

3. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

4. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

5. Pemerengganan yang seimbang. 

6. Unsur bahasa yang digunakan pelbagai dan menggunakan ungkapan menarik 

*(SIMPULAN BAHASA / COGAN KATA / PERIBAHASA)

7. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan.

9. Dihuraikan dengan jelas dan matang.


TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN

(3 AYAT)

⭐️ AYAT TEMA

⭐️ AYAT HURAIAN @ AYAT CONTOH

⭐️ AYAT ARAHAN


TEKNIK PENULISAN ISI 
(4 AYAT)

FORMULA ISI= ToHuCoKeP

⭐️ AYAT TOPIK (To)

⭐️ AYAT HURAIAN (Hu)

⭐️ AYAT CONTOH (Co)

⭐️ AYAT KESAN (Ke)

⭐️ AYAT PENENGAS (P)


TEKNIK MENULIS PENUTUP
(3 AYAT)

   FORMULA PENUTUP= KeCaHa

⭐️ AYAT KESIMPULAN (Ke)

⭐️ AYAT CADANGAN (Ca)

⭐️ AYAT HARAPAN (Ha)



Post a Comment

0 Comments