LATIHAN 5: SONGKET BERBENANG EMAS



SOALAN LATIHAN : 

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini persis dengan persekitaran anda.

Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini persis dengan persekitaran saya,

Latar tempat yang pertama ialah padang bola jaring. Contohnya, Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.

Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di SMK Tun Ismail. Sebagai contoh, lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.

Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di Hospital Batu Pahat (Wad 6). Contohnya,tempat Saleha ibu Dahlia dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal kerana sakit mental.


Post a Comment

0 Comments