WATAK UTAMA
LILI
a. Lili berumur 17 tahun, cantik, pendiam, dan anak tunggal.
b. Dia murid yang bijak dalam pelajaran. Buktinya, dia sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, terutama dalam subjek Sejarah.
c. Dia fasih bertutur dalam beberapa bahasa asing. Buktinya, dia pandai berbahasa Cina kerana belajar di sekolah aliran Cina. Dia juga menguasai bahasa Thailand, Jepun, dan Latin.
d. Dia anak yang patuh akan kata-kata ibu bapa. Buktinya, dia pulang ke kampung datuk dan neneknya ketika cuti sekolah atas suruhan ibunya kerana dia sudah biasa menuruti apa-apa kemahuan ibunya itu sejak kecil.
e. Dia amanah. Buktinya, dia segera menghulurkan wang yang dikirim oleh ibunya kepada neneknya setelah berjumpa dengan neneknya itu,
f. Lili amat mementingkan penjagaan kesihatan. Buktinya, dia jarang minum kopi dan tidak makan makanan segera.
g. Lili juga prihatin. Buktinya, dia prihatin akan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh Che Jah dan anak-anaknya, iaitu Rafiq dan Haziq angkara perbuatan Seman.
h.
Selain itu, dia pemaaf. Buktinya, dia memaafkan kesalahan Rafiq yang menyembunyikannya di sebuah pondok kerana sedar bahawa Rafiq terdesak pada masa
itu.
WATAK SAMPINGAN
HAJI ABDUL RAHMAN
a. Beliau ialah datuk Lili dan suami Hajah Aisyah Tan Abdullah.
b. Beliau berasal dari Kalimantan, Indonesia dan berusia lebih daripada 70 tahun.
c. Sewaktu mudanya, beliau membuat pelbagai pekerjaan seperti pelaut dan pekebun.
d. Beliau pengamal perubatan tradisional dan menguasai banyak ilmu tentang tumbuh-tumbuhan herba.
e. Beliau taat beribadat. Buktinya, beliau mengimamkan solat di rumahnya bersama-sama isteri dan cucunya. Kemudiannya, beliau berzikir.
f. Haji Abdul Rahman baik hati. Buktinya, beliau memberikan wang kepada Seman dan tidak pernah menuntut wang itu semula.
g. Beliau juga bijak dan tidak bertindak terburu-buru dalam membuat tindakan. Buktinya, beliau pergi ke pejabat daerah untuk menceritakan perkara sebenar apabila dituduh oleh orang kampung ingin menjual tanah mereka. Selain itu, beliau membawa Rafiq dan Haziq ke rumahnya untuk melindungi mereka daripada dipukul oleh orang kampung yang menyangka merekalah pencuri kubah surau
DANEL WILLIAM
a. Dia anak bongsu William Ng dan adik Sugi.
b. Dia beragama Islam setelah keluarganya memeluk agama tersebut.
c. Danel digambarkan oleh Geetha sebagai seorang yang cute, cool, dan kemas.
d. Danel sedang belajar untuk menjadi penulis rencana. Dia ingin mempunyai kolum sendiri dalam surat khabar arus perdana. Dia telah menulis belasan artikel dalam sebuah buku yang berjudul Segalanya tentang Pisang.
e. Danel pandai memasak. Buktinya, dia memasak gulai kari pisang ikan masin untuk dirasai oleh Lili.
f. Dia suka berterus terang. Buktinya, dia berterus terang kepada datuk Lili untuk menghentikan rawatan tradisional yang diterima oleh ayahnya daripada datuk Lili atas alasan tidak banyak nutrien yang dapat diserap oleh tubuh ayahnya melalui kaedah perubatan tradisional.
g. Danel juga bijak membuat strategi. Buktinya, dia membuat perancangan untuk menyelamatkan Lili yang disembunyikan di sebuah pondok pada waktu malan supaya tindakannya itu tidak diketahui orang.
h. Selain itu, dia suka membantu orang
lain. Buktinya, dia membantu Lili menyelesaikan masalah Che Jah dan masalah
kubah dilarikan orang.
GEETHA
a. Geetha ialah anak Puan Letchumi. Dia berusia 19 lahun dan berbadan kecil.
b. Dia berpendidikan tinggi. Buktinya, dia mahasiswi Universtti Malaya dan sedang mengikuti bidang kejuruteraan awam.
c. Dia meminati aktiviti lasak. Buktinya, dia menyertai Kelab Pendaki Gunung Siswa-Siswi Malrikulasi Universiti Malaya dan telah menyertai aktiviti memanjat gunung, masuk hutan, dan masuk gua.
d. Selain itu, dia rajin. Buktinya, dia membantu nenek Lili memasak untuk makan malam.
e. Dia
juga suka membantu orang lain. Buktinya, dia membantu Lili menerangkan konsep
"kasih sayang universal" kepada nenek Lili berserta hujah-hujahnya
agar nenek Lili bersetuju untuk membantu Che Jah yang menghadapi masalah
keganasan rumah tangga.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
Kurang yakin dengan ubat
tradisional yang Datuk sediakan.
Isteri kepada Datuk. Percaya
pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat) Bakar kulit bawang putih untuk
bau harum dalam rumah. Suka menyindir Datuk tentang
ubat tradisional. Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh
Danel.
0 Comments