SOALAN LATIHAN :
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip. Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan dan ketabahan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular.
Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan kegigihan seseorang untuk menuntut hingga berjaya. Contohnya, Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM.
Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan nilai pengorbanan yang besar dilakukan oleh seorang anak. Sebagai contoh, Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital malah dia juga sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit.
0 Comments