Novel Jendela Menghadap Jalan merupakan komsas Tingkatan 4. Pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pastinya memerlukan bahan untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi, dalam matapelajaran Bahasa Melayu yang mempunyai penulisan karangan dan juga Komponen Sastera (KOMSAS). Di bawah dikongsikan nota yang berkaitan Novel Jendela Menghadap Jalan : Sinopsis Bab 34- Bab 36 untuk rujukan semua.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat
dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk
penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman
rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah
kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan
untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin
memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap.
Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah
yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel
untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan
ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan
oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili
ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman
penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah
jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan
kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala
Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR
pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan
kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang
jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang
pisang.
0 Comments