Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 4: JENDELA MENGHADAP JALAN

 




SOALAN LATIHAN :

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan perasaan gembira kepada anda.

                                                                                                                                                                                   (6 markah)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin. Terdapat peristiwa yang meninggalkan kesan perasaan gembira kepada saya.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Datuk Lili merawat penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Saya berasa gembira kerana saya mengetahui penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi. 


Peristiwa seterusnya ialah Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Danel telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada adik-beradik itu. Saya berasa gembira kerana peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya, iaitu Danel telah menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.


cikgunas.com


Post a Comment

0 Comments