Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

Ayat Biasa & Ayat Songsang

 


PANDUAN MENUKARKAN AYAT BIASA ➡️ AYAT SONGSANG & SEBALIKNYA

🔆🔆🔆🔆

Ayat songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa (subjek + predikat). Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat. 

Peringatan! 

Perubahan ayat biasa kepada ayat songsang  berlaku tanpa  ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda  salah dari segi binaannya.







Ayat biasa:


Contoh ayat songsang (i)





Contoh ayat songsang (ii)



Contoh ayat songsang (iii)

Contoh ayat songsang (iv)







Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan diri untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.

1. Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
2. Kanak-kanak itu mandi di sungai.
3. Solekan mak andam itu sungguh cantik

🔆🔆🔆🔆

JAWAPAN:
1. Belum tentu selamat bangunan tinggi itu .
2. Mandi di sungai Kanak-kanak itu .
3. Sungguh cantik solekan mak andam itu .


Contoh Soalan Format SPM

Panduan Menjawab Soalan 1
1. Baca dan fahamkan arahan soalan.
2. Murid hanya perlu merujuk pada ayat yang bergaris sahaja.
3. Soalan meminta murid menukarkan susunan ayat biasa yang telah 
    digariskan dalam petikan kepada ayat songsang.
4. Tidak boleh mengubah maksud asal apabila mengubah susunan ayat 
    biasa menjadi ayat songsang.
5. Murid perlu menulis semula ayat yang telah disongsangkan .


Contoh Jawapan

1. Wajar diterokai oleh golongan remaja bidang keusahawanan.
2. Boleh menceburi bidang tersebut remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga.
3. Perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini, ibu bapa.



cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments