Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM : YaPEIM santuni calon-calon SPM 2022/2023

 


Permatang Pauh, 29 Januari - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah, telah mengadakan Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM (Celik Kendiri) kepada 210 orang calon dari sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai Tengah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini. 






Program tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pelbagai pengisian yang menarik telah dikongsikan oleh Puan Zaiwani Mamat @ Mohamad, kaunselor dari PPD Seberang Perai Tengah. Antaranya ialah tip-tip untuk pelajar membuat persediaan dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi. 



Selain itu, pelajar juga telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan juga sejarah yang disampaikan oleh Jurulatih Utama (JU) dari daerah Seberang Perai Tengah, Puan Noradillah Abdul Samad. Beliau telah menerangkan teknik menjawab soalan bagi matapelajaran Bahasa Melayu manakala teknik  menjawab soalan bagi matapelajaran Sejarah dikendalikan pula oleh Puan Siti Norsyiqah Azmi. 


Majlis penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Tn. Haji Mohd Fuad Md Khir, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan PPD Seberang Perai Tengah. Turut serta Tn Haji Mohd Fauzi Adnan, Pengurus Negeri PPYN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, En Saipollizan Saad, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran dan Puan Roslina Hasim, Pengetua SMK Permatang Pasir.


Dalam majlis tersebut, Tn. Haji Mohd Fuad mengingatkan kepada pelajar-pelajar supaya memberi tumpuan yang serius membuat ulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada awal Februari tahun ini. Di samping itu, beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YaPEIM Zon Utara di atas inisiatif menganjurkan program ini.

 

Pihak YaPEIM mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya penyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM yang sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan.


Mari komited berinfaq dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut ⬇️

http://yapeim21049233.hubspotpagebuiler.com/pendaftaran-sig-yapeim


Anda juga boleh menyumbang secara atas talian dengan klik di pautan berikut ⬇️

qaseh.digitalyapeim.com/inspirasipray4malaysia-yapeim/


#YaPEIM

#IngatKebajikanIngatYaPEIM 


Post a Comment

0 Comments