NILAI DAN PENGAJARAN

 



NILAI

1. Nilai kejujuran - Lili menyerahkan wang daripada ibunya kepada neneknya. 

2. Nilai kasih sayang - Ibu Lili amat menyayangi anaknya. 

3. Nilai kerajinan - Amran Christoper rajin dan gigih mengusahakan ladang pisang sehingga memperoleh pulangan lumayan. 

4. Nilai baik hati - Lili prihatin akan masalah Che Jah dan anak-anaknya serta berusaha untuk membantu mereka. 

5. Nilai rasional - Kak Mimah menasihati Lili agar menjaga kesihatan sejak usia muda supaya tidak ditimpa penyakit. 

6. Nilai kesyukuran - Lili bersyukur kerana Haziq insaf akan kesilapan yang telah dilakukannya dan meneruskan pelajarannya secara persendirian.

 

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah taat akan perintah Tuhan. Datuk Lili sering ke surau untuk sembahyang berjemaah dengan penduduk kampung. 

2. Kita hendaklah membantu orang lain yang dalam kesusahan. Datuk Lili, Kak Mimah, dan Nadiah membantu Che Jah membawa kes keganasan rumah tangga yang dihadapinya ke muka pengadilan. 

3. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Lili memaafkan Rafiq dan Haziq yang mengurungnya di dalam sebuah pondok. 

4. Kita hendaklah menjaga maruah diri. Lili menjaga pergaulannya semasa keluar bersama-sama Danel ke bandar.

 5. Kita hendakiah mengamalkan pemakanan yang baik. Lili sentiasa menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang tidak berpengawet dan tidak minum mmuman berkarbonat

Post a Comment

0 Comments