Novel Jendela Menghadap Jalan merupakan komsas Tingkatan 4. Pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pastinya memerlukan bahan untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi, dalam matapelajaran Bahasa Melayu yang mempunyai penulisan karangan dan juga Komponen Sastera (KOMSAS). Di bawah dikongsikan nota yang berkaitan Novel Jendela Menghadap Jalan : Sinopsis Bab 21- Bab 25 untuk rujukan semua.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana
Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau
kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu
lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak
Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka
juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah
dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang
menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini
sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan
kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq
ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk
meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam
keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba
untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq
lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia
muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga
hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq
dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar
supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che
Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan
diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari
Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan
akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung
di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
0 Comments