Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 1: JENDELA MENGHADAP JALAN






SOALAN LATIHAN : 


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan  nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin. Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi menggerakkan cerita.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini dapat dilihat pada watak datuk Lili yang membantu orang lain dengan cara memberikan herba dan akar-akar kayu sebagai bahan rawatan untuk mereka sebagai usaha alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain perubatan moden.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat pada watak nenek dan datuk Lili melayan Lili dengan baik walaupun pada suatu masa dulu, ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat pada watak Lili yang prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah. Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

Post a Comment

0 Comments