KATA BANTU

 



Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja (kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Selain itu, kata bantu boleh dibahagi bahagi kepada dua jenis iaitu:

i)  kata bantu aspek

 ii) kata bantu ragam


1) KATA BANTU ASPEK

Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Kata bantu aspek dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

akan
belum
pernah
sedang
masih
baru
sudah
telah
mula


Contoh ayat:

Pekerja industri itu telah pulang ke rumah.

Murid-murid itu sudah bersarapan.

Kami pernah melawat ke Sabah.

Alif selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.


2) KATA BANTU RAGAM

Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu jenis ini adalah seperti yang berikut:

hendak
mahu
harus
ingin
mesti
boleh
dapat
patut
mungkin
enggan


Contoh ayat:

Dia hendak membeli sebuah motosikal.

Murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah.

Tarmizi ingin membina sebuah rumah di sana.

Sajala dapat mengangkat batu yang berat itu.


Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.

Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.

Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.


LATIHAN KATA BANTU

https://quizizz.com/join?gc=50640987







Post a Comment

0 Comments