Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 3: SONGKET BERBENANG EMAS



SOALAN LATIHAN : 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa bagi setiap novel yang dapat dikaitkan nilai tanggungjawab.


Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah novel Songket Berbenang Emas tulisan Khairuddin Ayip. Dalam novel ini, saya telah mengenal pasti dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai tanggungjawab.


Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai tanggungjawab telah ditunjukkan dengan jelas dalam diri Embong. Sebagai seorang bapa, Embong bertanggungjawab mencari wang bagi memastikan nasib isteri dan anak-anaknya terbela. Dia telah membanting tulang dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti bekerja di estet, mengambil upah memotong buah kelapa sawit di kebun orang dan membela kambing demi mencari sesuap nasi buat keluarganya. Melalui berwatakan Embong, jelaslah nilai tanggungjawab ketua keluarga terhadap isteri dan anak-anak terdapat dalam dirinya.


Selain itu, Haji Sulaiman sebagai Ketua Kampung Parit Haji Rais turut memaparkan nilai tanggunjawab. Haji Sulaiman telah menghantar isteri Embong, Saleha ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah mental yang dihadapinya. Watak Haji Sulaiman telah menunjukkan nilai tanggungjawab seorang ketua masyarakat terhadap penduduk kampung.


Post a Comment

0 Comments