Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS (KHAIRUDDIN AYIP)- KOMSAS TINGKATAN 5

 


Novel Songket Berbenang Emas merupakan novel Komsas Tingkatan 5 daripada karya Khairuddin Ayip yang telah digunakan pakai pada tahun 2016 hingga kini bagi Zon 1 iaitu negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Berikut adalah nota lengkap novel Songket Berbenang Emas sebagai rujukan buat murid & guru.




Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya  terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa  memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,  Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar  dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila  hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke  sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal  menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas  kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan  pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.


Post a Comment

0 Comments