Frasa Menarik dalam Penulisan Karangan



📍Memanifestasikan fikiran – Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya

📍Menukilkan kata-kata – Menulis / bercakap sesuatu

📍Memberikan impak – Mengakibatkan / menyebabkan

📍Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu

📍Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam

📍Penyalur ilmu – Pemberi banyak pengetahuan

📍Alaf baharu – Masa terkini

📍Mutakhir ini – Pada masa kini

📍Seantero dunia – Seluruh dunia

📍Menikam sanubari – Merosakkan perasaan

📍Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan / pemikiran

📍Menggabungjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek

📍Merangsang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli

📍Lebih intelektual dan berketerampilan – Lebih bijak dan berkebolehan

📍Bitara – Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya

📍Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan

📍Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal /bermenung /tidak berfikiran matang

📍Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

📍Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-undang / peraturan

📍Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani dan jasmani

📍Mekanisme kawalan – Alat / aspek yang mengawal sesuatu

📍Pandangan sarwa – Pemikiran biasa / umum

📍Anjakan paradigma – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

📍Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

📍Landasan berfikir – Cara berfikir

📍Masyarakat konvensional – Masyarakat umum / biasa

📍Mengaibkan diri – Memalukan diri

📍Alma mater – Sekolah / universiti / tempat pelajar

📍Kemapanan fikiran – Keteguhan cara berfikir

📍Alpukah – Daya usaha / inisiatif

📍Bacul – Tidak bersemangat

📍Badai kehidupan – Cabaran hidup

📍Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai

📍Berkongkalikung – Bersepakat

📍Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh

📍Praja – Kota / negeri

📍Prakarsa – Inisiatif / daya usaha

📍pramusaji – Pelayan tetamu di restoran

📍Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari

📍Nawaitu diri – Keinginan diri

📍Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri

📍privasi – Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan

📍Portfolio menteri – Tugas menteri

📍Pentas siasah – Dunia politik

📍Polemik – Bahas / debat / konflik

📍Melikwidasikan – Membubarkan / memansuhkan

📍Linglung – Hilang ingatan

📍Falah – Kejayaan / kemenangan

📍interpretasi – Tafsiran / penjelasan

📍bersilengah – Bersikap tidak tahu





Dapatkan Kemahiran menulis karangan KERTAS 1 SPM DI SINI

cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments