Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 5: JENDELA MENGHADAP JALAN

 


SOALAN LATIHAN :

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Huraikan juga sebab anda berpendapat sedemikian.


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin. Terdapat peristiwa yang menimbulkan kesesaran kepada pembaca. 

Peristiwa yang pertama ialah Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili  pulang ke Kuala Lumpur kerana selama ini ibu berkonflik dengan datuk. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan keganasan rumah tangga terhadap keluarganya. Oleh yang demikian, seseorang yang telah melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.


cikgunas.com

 


Post a Comment

0 Comments