Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023

 



➡️ KRITERIA PEMILIHAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN


5.1 opsyen ikhtisas yang mengajar mata pelajaran berkaitan. Sekiranya tada guru opsyen ikhtisas yang mengajar, guru opsyen bukan ikhtisas yang mengajar mata pelajaran tersebut dan mematuhi kriteria para 5.2, para 5.3 dan para 5.4 boleh dipilih; dan


5.2 gred DG44 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah rendah; atau


5.3 gred DG48 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah menengah; dan


5.4 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi tempoh tiga (3) tahun terkini atau markah prestasi PBPPP tertinggi sekiranya tada guru yang mendapat markah minimum 85% bagi tempoh tiga (3) tahun terkini.

Muat Turun SPI KPM Bil. 2/2023: Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM 


Post a Comment

0 Comments