TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:
Tugas 1 | Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu |
Aktiviti | - Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar)
- Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.
|
Objektif | - Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.
- Mengekalkan keistimewaan sebagai guru sekolah.
|
Penglibatan | Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran |
Pelaksanaan | Januari – November |
Tugas 2 | Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid. |
Aktiviti | - Mengadakan mesyuarat JK Induk
- Mengadakan mesyuarat JK Kerja
- Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS
- Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan
- Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian
|
Objektif | - Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan
- Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
|
Penglibatan | Pengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru |
Pelaksanaan | Januari |
Tugas 3 | Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah
|
Aktiviti | - Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan.
- Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program.
|
Objektif | - Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS).
- Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan.
|
Penglibatan | JK Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS). |
Pelaksanaan | Januari |
Tugas 4 | Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. |
Aktiviti | - Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan.
- Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
|
Objektif | - Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian.
- Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan koleksi.
|
Penglibatan | JK Kerja PSS |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
Tugas 5 | Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. |
Aktiviti | - Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru.
- Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.
- Sediakan tempat / bilik / jadual penggunaan dan bahan.
- Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.
- Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak.
- Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
|
Objektif | - Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.
- Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
|
Penglibatan | JK Induk PSS |
Pelaksanaan | Januari hinga Oktober |
Tugas 6 | Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. |
Aktiviti | - Mesyuarat dan taklimat NILAM
- Merangka aktiviti sepanjang tahun
- Menjalankan aktiviti
|
Objektif | - Memastikan program NILAM dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
|
Penglibatan | JK NILAM |
Pelaksanaan | Januari hingga Oktober |
Tugas 7 | Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS. |
Aktiviti | - Merancang program bersama SU LDP
- Merangka aktiviti sepanjang tahun
- Menjalankan aktiviti
|
Objektif | - Program pembangunan staf dan program latihan dapat dijalankan di sekolah dan semua kakitangan mencapai mata kredit LDP yang mencukupi.
|
Penglibatan | Pengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun
|
Tugas 8 | Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah |
Aktiviti | - Promosi melalui panitia mata pelajaran
- Menyediakan brosur PSS
- Menyediakan buletin
|
Objektif | - Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS
- Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan
- Membolehkan semua guru mendapat pemdedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P&P.
|
Penglibatan | Pentadbir sekolah, JK Keraj PSS, Pelajar dan Guru. |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
Tugas 9 | Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. |
Aktiviti | - Memohon Khidmat Bantu
- Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari masa ke semasa.
|
Objektif | - Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.
- Untuk menaiktaraf PSS.
|
Penglibatan | JK Kerja PSS |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
Tugas 10 | Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS |
Aktiviti | - Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik).
- Sirkulasi.
- Memantau dan menyelia penggunaan.
- Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, Buletin, Sirkulasi dan aktiviti-aktiviti).
|
Objektif | - Koleksi bahan untuk dimanfaatkan denagn sepenuhnya.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun. |
Tugas 11 | Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS |
Aktiviti | - Menentukan tarikh.
- Menghantar surat panggilan mesyuarat.
- Mengadakan mesyuarat.
- Menyedia dan mengedar minit mesyuarat.
|
Objektif | - Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.
- Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Januari, Mei dan Ogos. |
Tugas 12 | Memantau dan mengawal selia pelaksanaan progran PSS |
Aktiviti | - Merancang, menyelaras dan mengadakan program PSS.
- Membuat pemantauan.
- Membuat laporan.
|
Objektif | - Program PSS dapat dijalan dengan lancar.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun. |
Tugas 13 | Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori (bahan, alatan dan perabot) peralatan PSS |
Aktiviti | - Menyemak stok perolehan
- Borang inventori
- Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312
- Stok pergerakan bahan.
- Melabel bahan
- Menempatkan bahan
- Pelupusan
- Tutup stok
|
Objektif | - Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
- Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
Tugas 14 | Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pulau Pinang (PPSSPP) |
Aktiviti | - Menerangkan peranan PPSSPP
- Mengedarkan borang pendaftaran
- Membantu dalam pendaftaran ahli
- Menyertai aktiviti yang dijalankan.
|
Objektif | - Menarik lebih ramai ahli menyertai PPSSPP.
- Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Julai |
Tugas 15 | Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS. |
Aktiviti | - Mengenal pasti masalah
- Membuat kaji selidik
- Menyediakan instrumen (sebelum)
- Membuat analisis
- Menjalankan kaji selidik – selepas
- Menyediakan laporan
- Membuat penambahbaikan.
|
Objektif | - Mengenal pasti dan mengatasi masalah
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | September |
Tugas 16 | Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS |
Aktiviti | - Menyediakan perancangan
- Menyediakan laporan
- Mengambil tindakan / memberi maklumat
|
Objektif | - Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan, pengurusan dan kewangan PSS.
|
Penglibatan | Guru Media |
Pelaksanaan | Oktober |
Tugas 17 | Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BSTP melalui USTP/PKG dan SSTP pada bulan Oktober setiap tahun |
Aktiviti | - Mengumpul maklumat
- Membuat laporan
|
Objektif | - Membuat post mortem bagi program yang dilaksanakan
- Membuat perancangan baru atau penyelarasan untuk program tahun seterusnya.
|
Penglibatan | JK PSS |
Pelaksanaan | Oktober |
BIDANG UMUM
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
BAHAN UNTUK TAKLIMAT PUSAT SUMBER
LAWATAN PENANDA ARAS
SOALAN PEMILIHAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
INSTRUMEN PSS SM & SK
SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY
BUKU PANDUAN PSS ABAD 21
42 MINGGU CADANGAN JADUAL WAKTU GURU PERPUTSAKAAN & MEDIA
LANGKAH AKTIFKAN AINS NILAM
1 Comments
Semoga bermanfaat
ReplyDelete