Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

KATA-KATA MUTIARA DALAM KARANGAN



Penggunaan kata-kata mutiara sememangnya dapat memberi satu nafas baharu kepada karangan pelajar sekali gus memberi "impression" yang positif kepada pemeriksa kertas. 


Perhatikanlah beberapa contoh kata mutiara di bawah ini sebagai pedoman.


Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”


Tun Dr. Mahathir Mohamad

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”


Munsyi Abdullah

”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”


Lao Tze

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. 


Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


Hadis nabi

hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.


“Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.


Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.




Frasa Menarik dalam Penulisan Karangan DI SINI

cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments