PERMOHONAN SEBAGAI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG FASA 1 TAHUN 2026





SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN PERKHIDMATAN / PERJAWATAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA NEGERI PULAU PINANG



1. Gelaran Jawatan
Guru Perpustakaan dan Media Sekolah secara hakiki
(Di luar norma pengiraan perjawatan guru di sekolah)
2. Masa Bekerja
Waktu: Waktu persekolahan biasa.
Bagi sekolah dua sesi, ia adalah di bawah kuasa Pengetua/Guru Besar
Cuti: Mengikut Perintah Am Bab C Bahagian Dua, Kelas B
3. Kreteria Pemilihan Untuk Perlantikan
- Telah disahkan jawatan sebagai guru tetap
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun
- Mempunyai :

a. Diploma atau Ijazah dalam bidang berikut :
b. Diploma Sains Perpustakaan Sains
c. Ijazah Sains Perpustakaan / Sains Pengajian Maklumat
d. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan / Sains Pengajian Maklumat
e. Ijazah dalam Teknologi Pendidikan
f. Ijazah Sarjana dalam Teknologi Pendidikan

ATAU

Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang berikut:
a. Sains Perpustakaan
b. Pengurusan Pusat Sumber
c. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
d. Teknologi Pendidikan

ATAU

Telah mengikut sekurang-kurangnya kursus 14 minggu berkaitan dengan
Pengurusan Pusat Sumber / Sains Perpustakaan / Teknologi Pendidikan dan
sedang Memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat sumber sekolah ( mempunyai
sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus)

ATAU

Telah mengikuti sekurang-kurangnya tiga bulan berkaitan dengan Pusat
Sumber Sekolah anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) dan sedang memegang
jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ( mempunyai sijil penyertaan atau
surat akuan mengikuti kursus)

ATAU

Pengalaman bekerja sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru atau Pusat
Sumber Pendidikan Daerah tidak kurang 3 tahun.

ATAU
Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus Pengurusan PSS Peringkat Asas
dan Peringkat Lanjutan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan atau Sektor
Sumber dan Teknologi Pendidikan dan sedang memegang jawatan sebagai
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

Ruj. Kami : JPNPP.700-2/2/8 ( 89 )

4. Tatacara Dan Keperluan Pencalonan Guru Perpustakaan Dan Media (GPM)

Berikut adalah keperluan untuk tujuan perlantikan.
Setiap pencalonan perlu dilampirkan bersama:
a) Surat Permohonan – nyatakan sebab kekosongan
b) Borang Pencalonan
c) Surat lantikan oleh sekolah
d) Sijil Kursus Asas Pusat Sumber
e) Dokumen berkaitan kekosongan seperti:
- Surat letak jawatan sekiranya guru lama masih berada di sekolah
- Dokumen pertukaran/persaraan (guru lama)



Post a Comment

0 Comments