Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

CONTOH NASKAH CALON UJIAN BERTUTUR TAKSIRAN KUMPULAN

 



CONTOH SOALAN BERTUTUR -KUMPULAN








Perkara penting yang perlu ditekankan semasa ujian lisan Bahasa Melayu.


INDIVIDU

1. Masuk sahaja dalam bilik ujian, ucap salam.

2. Sebelum masuk atau duduk, perlu minta izin pentaksir dulu.

3. Perlu menunjukkan riak muka yang yakin dan semangat untuk diuji. Jangan cuak. Paling penting perlu memberikan senyuman sentiasa.

4. Untuk soalan 3@4, praktikkan ucap "terima kasih atas soalan yang diberikan."

5. Kalau kurang jelas dengan soalan, minta pentaksir ulang soalan dengan sopan dan beradab. 

6. Sekiranya tersasul menggunakan perkataan yang salah, ucap "Maafkan saya" dan terus memberikan hujah/idea/pandangan.

7. Tiada slang atau loghat dan suara perlu lantang dan jelas dalam memberikan hujah.

7. Ucapkan terima kasih setelah selesai ditaksir.


KUMPULAN

1. Perlu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu tanpa ada sebarang slang atau loghat.

2. Suara perlu jelas dan lantang.

3. Bercakap spontan berkenaan tema, jangan menghafal. 

4. Perlu banyak mainkan peranan dalam kumpulan. Sekiranya dalam kumpulan, jika seorang tersekat (stuck), tiada yang membantu akan memberi kesan pemberian markah satu kumpulan.

5. Jangan tamak untuk bercakap seorang sekiranya dalam kumpulan. Bagi peluang rakan lain untuk memberikan idea.

6. Walaupun isi banyak, kelancaran memberikan impak dalam pemberian markah kerana pentaksir melihat cara pelajar menyusun struktur ayat.

7. Wajib ada bahasa badan dan intonasi supaya calon lain dan pentaksir tidak tersalah anggap dengan huraian yang diberikan.

8. Perlu yakin dengan jawapan walaupun salah.




cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments