Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM





πŸ“š π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 2022 ✍🏻

πŸ“ Selamat menduduki peperiksaan buat 403,637 calon Bertulis SPM 2022.

πŸ’‘ Semoga pelajar-pelajar sentiasa diberikan ketenangan jiwa dan kelapangan hati dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung.

Lakukan yang terbaik! πŸ”₯


Ya Allah, ya Tuhan kami,
Kami memohon keampunan-Mu, 
kami memohon kerahmatan-Mu, 
kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, anak-anak didik kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. 
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak didik kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti ya Allah.

Ya Allah, peliharalah kesihatan anak-anak didik kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Kurniakan ilham dan petunjuk untuk anak-anak didik kami memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. Kurniakanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. 

Ya Allah, kurniakanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak didik kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat manfaatkan ilmu yg diajar guru2, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.

Amin ya Rabbal Alamin.



Unit Sumber Teknologi & Pendidikan 
PPD Sberang Perai Tengah

#SPM2022
#Kejayaanpastimilikkalian

Post a Comment

0 Comments