Latar Tempat
📍Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi. (m/s 1)
📍Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia (m/s 4)
📍SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7)
📍Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
📍Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.(m/s 91-92)
📍Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat
Saleha menoreh getah (m/s 17)
📍Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia (m/s 23).
Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik
setelah emaknya dirawat di hospital.
📍Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk
mendapatkan rawatan pada peringkat awal
📍Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital
ini setelah dipatuk ular. (m/s 153)
📍Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat
(m/s 46) di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat
segulung ijazah.
📍Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia (m/s 47)-
Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.
📍Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua
kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang
dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
📍 Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah
di sini .(m/s58)
📍 Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. (m/s
58)- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said
mati lemas.
📍Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang
penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu,
di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong
Dahlia.
Latar masa
📍Pada waktu pagi – Embong pulang daripada melawat jenazah Said di rumah Aton pada pukul 10.25 pagi.
📍Pada waktu petang – Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya tetapi emaknya telah dipindahkan ke Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru.
📍Pada waktu senja – Embong dan Dahlia mengajak Saleha yang berada di kebun getah pulang ke rumah.
📍Pada waktu rnalam – Embong dan Dahlia mendengar sesuatu dari kandang kambing.
Latar masyarakat
📍Masyarakat pelajar – Dahlia, Siti Wangi, dan Kavita aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.
📍Masyarakat remaja yang menggemari perkara-perkara yang menyeronokkan – Abu Bakar banyak menghabiskan masanya untuk berhibur dan berpelesiran.
📍Masyarakat yang tabah dalam menghadapi ujian hidup – Embong tabah menghadapi keadaan keluarganya yang miskin dan cemuhan ibu mentuanya.
📍Masyarakat yang insaf akan kesilapannya – Abu Bakar insaf akan kesilapannya membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah di luar rumah
📍Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia/Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
📍Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya – Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
📍Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan – Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.
0 Comments