Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD



KERTAS 2 SPM

SOALAN 4: MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD

Perkara asas yang perlu dilakukan ketika menjawab soalan Bahasa Melayu Standard

往 Jawapan mesti ditulis dalam bahasa Melayu moden.

往 Gariskan perkataan bahasa klasik yang perlu ditukarkan.

往Jangan pindahkan atau tukarkan ayat demi ayat secara terus. Sepatutnya baca dan fahami maksud ayat dan keseluruhan petikan, kemudian ceritakan semula dalam bahasa Melayu moden/bahasa standard.

往Jangan menokok tambah butiran dan fakta yang tiada dalam petikan asal.

往Jangan mengurangkan atau membuang butiran atau fakta yang ada dalam petikan asal.

往Nama khas seperti nama watak, tempat, peralatan mesti dikekalkan.

往 Partikel "pun" dan "lah" mesti dibuang/ditinggalkan.

往Penggunaan perkataan lama seperti 'arakian', hatta', sebermula', 'alkisah', 'syahdan', 'maka' hendaklah dielakkan.

往 Bahasa istana mesti dikekalkan.

往 Ayat pasif dan ayat susunan songsang dalam petikan bahasa Melayu klasik mesti ditukar kepada ayat aktif dan ayat susunan biasa.


MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD

https://www.youtube.com/watch?v=YgzOab1uCxg


Soalan 1: Bahasa Melayu Standard


Setelah mendengar berita itu, baginda pun menitahkan semua rakyat berkumpul di Melaka. Tun Perak membawa orang Kelang datang ke Melaka bersama-sama anak dan isteri mereka. Orang Kelang datang menyembah Sultan Muzaffar Syah, “Ya tuanku, semua rakyat datang menghadap terdiri daripada kaum lelaki, patik semua dibawa oleh Tun Perak bersama dengan isteri kami sekali.”


Soalan 2: Bahasa Melayu Standard

CONTOH JAWAPAN:

    Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh rakyatnya menyediakan kelengkapan untuk menyerang Melaka; Panglimanya bernama Awi Cakri, membawa rakyat terlalu ramai sehingga tidak terkira. 

    Ada orang mempersembahkan berita tentang Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya bernama Awi Cakri membawa rakyat terlalu ramai sehingga tidak terkira berjalan melalui darat terus ke hulu Pahang.




Dapatkan Modul Bahasa Melayu Standard DI SINI

cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments