Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

SALAM 1 REJAB 1444 HIJRAH ❤️ BULAN KEAGUNGAN

 

1 Rejab 1444 Hijrah

23 Januari 2023



“..hari ini, kita sudah memasuki 1 Rejab 1444 Hijrah..Alhamdulillah, Allah swt telah memberi kita kesempatan untuk bertemu Bulan Rejab yang mulia ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu dengan Bulan Sya’ban & Bulan Ramadhan Al-Mubarak kelak..”


Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan. 

Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.


Apa Maksud ‘Rejab’?
Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.


Mengapa Bulan Ini Diagungkan?
Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.

Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_Surah at-Taubah:36



Doa Bulan Rejab :


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadan) kepada kami pada bulan Ramadan”.


Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah :


⭐️Berpuasa
⭐️Memperbanyakkan bersedekah
⭐️Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
⭐️Memperbanyakkan berzikir
⭐️Memperbanyakkan solat-solat sunat


Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab:


Puasa Di Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:  “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.


“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 


Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab


Niat puasa sunat rejab adalah seperti berikut:



 

Nawaitu Shouma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala 


Sedekah Di Bulan Rejab
Selain daripada puasa kita juga amat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Meminta Ampun Daripada Allah


Memperbanyakkan solat sunat juga serta memohon keampunan daripada Allah. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.




Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.


Ya Allah...Kau panjangkan umurku, umur seluruh ahli keluargaku serta kaum muslim dan muslimat...agar kami semua dapat merebut pahala di bulan ini dan bertemu dengan bulan yang istimewa, yakni Ramadhan Al-Mubarak...


Amin...



cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments