Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 7: SONGKET BERBENANG EMAS


SOALAN LATIHAN :

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan unsur konflik yang menarik perhatian pembaca.

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip. Dalam novel ini, terdapat beberapa unsur konflik yang telah menarik perhatian pembacaa. Anraranya, konflik antara Aton dengan Dahlia. Contohnya, Aton datang menyerang Dalia dan menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

Selain itu, konflik dalaman antara penduduk kampung. Buktinya, penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Akhir sekali, konflik yang dibawa oleh Seman. Buktinya, ketika Seman datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.


Post a Comment

0 Comments