Novel Jendela Menghadap Jalan merupakan komsas Tingkatan 4. Pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pastinya memerlukan bahan untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi, dalam matapelajaran Bahasa Melayu yang mempunyai penulisan karangan dan juga Komponen Sastera (KOMSAS). Di bawah dikongsikan nota yang berkaitan Novel Jendela Menghadap Jalan : Sinopsis Bab 13- Bab 15 untuk rujukan semua.
Menurut cerita nenek, kelima-lima
orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya
ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba
yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili
mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid,
tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus
bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan
berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Lili berjumpa dengan Geetha di
rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili
mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian
bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor,
tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah
petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit,
tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita
tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat
pelbagai karenah dan ragam hidup.
Geetha dan Lili menolong nenek
masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa
tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba
dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih
lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan
paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding
terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
0 Comments