SUSUN ATUR RUANG PUSAT SUMBER
SUSUN ATUR ruang di dalam pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaaan susun aturnya kondusif dan dapat memudahkan penyeliaan serta kawalan GPM/guru bertugas.
Susunan kerusi meja yang teratur dan seragam juga dapat memastikan suasana di dalam pusat sumber menjadi lebih tenang dan kemas.
Ruang belajar atau kedudukan kerusi meja tidak terlindung dari penglihatan atau rak-rak buku juga dapat memudahkan GPM/guru bertugas memerhatikan tingkah laku pelajar semasa berada di dalam pusat sumber khususnya ketika berada di kaunter sirkulasi atau di bilik kerja GPM.
Bilik GPM juga seharusnya berdindingkan cermin lutsinar bagi memudahkan GPM melihat aktiviti dari dalam bilik tersebut.
Sisihkan barang-barang lama atau rosak yang tidak digunakan bagi memastikan persekitaran pusat sumber lebih kondusif dan kemas.
cikgunas.com
PUAN NAS ADILLAH




0 Comments