LATIHAN 10: SONGKET BERBENANG EMAS




SOALAN LATIHAN : 

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa unsur saspens yang telah membuatkan pembaca berasa teruja dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat dua peristiwa unsur saspen yang telah membuatkan saya teruja untuk membaca.

Peristiwa pertama, Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai walaupun Said sudah meninggal.

Kedua, peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.


Post a Comment

0 Comments