Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 4: SONGKET BERBENANG EMAS


SOALAN LATIHAN : 

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga persoalan yang membuatkan novel ini amat menarik untuk dibaca.


Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang, karya Khairuddun Ayip. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini yang telah membuatkan novel ini menarik untuk dibaca.

Persoalan yang pertama ialah persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran. Contohnya, Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa. Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri. Tamsilnya, Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.

Post a Comment

0 Comments