LATAR TEMPAT
1. Di rumah keluarga Lili di Kuala Lumpur. Ibu Lili mengejutkannya daripada tidur untuk mandi dan bersiap-siap kerana Lili akan pulang ke kampung.
2. Di Kampung Sentosa, Dungun, Terengganu. Tempat tinggal datuk dan nenek Lili.
3. Di kedai runcit Letchumi Lili bertemu dengan Geetha buat kali kedua.
4. Di kedai runcit Ah Kwan Lili dan Geetha membeli barang-barang yang dipesan oleh nenek Lili.
5. Daerah Tenom di pedalaman negeri Sabah Petani-petani mengusahakan tanaman untuk kegunaan setempat dan eksport.
6. Di restoran makanan segera di bandar Danel makan dua biji burger dan kentang goreng serta minum segelas besar minuman berkarbonat.
LATAR MASA
Maghrib
Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Pagi
Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Pada waktu petang
Lili dan Geetha memanjat bukit untuk
melihat keindahan matahari terbenam.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup harmoni Buktinya, penduduk di kawasan tempat tinggal Geetha hidup harmoni meskipun berbeza kaum.
2. Masyarakat kampung yang bekerja sebagai pekebun dan nelayan Buktinya. datuk Lili mempunyai kebun sendiri manakala Pak Sahak bekerja sebagai nelayan.
3. Masyarakat yang masih mengamalkan perubatan tradisional Buktinya, datuk Lili pengamal perubatan tradisional.
4. Masyarakat kampung yang sukar untuk
bermuafakat Buktinya, penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dalam membuat
keputusan sama ada mahu membina masjid yang baharu atau mengubah suai surau
yang sedia ada.
0 Comments