Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

LATIHAN 3: JENDELA MENGHADAP JALAN

 


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat unsur saspens yang membuatkan pembaca berdebar. Jelaskan dua sebab pembaca berasa saspens.  
                                                                                                                                                                                     (6 markah)


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin. Terdapat peristiwa yang menggunakan unsur saspens dan mendebarkan pembaca.

Peristiwa yang pertama ialah Lili diculik oleh Haziq dan Rafik ketika dia dalam perjalanan pulang setelah menemani Danel ke pekan. Peristiwa ini menimbulkan perasaan berdebar-debar kerana pembaca ingin mengetahui keselamatan Lili.

Peristiwa seterusnya ialah Che Jah bercekak pinggang di hadapan muka pintu apabila melihat kedatangan Lili bersama-sama Abang Rashid untuk melihat keadaan Haziq dan Rafiq. Peristiwa ini menimbulkan perasaan berdebar-debar kerana pembaca ingin mengetahui reaksi Che Jah kepada Lili.


Post a Comment

0 Comments