Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

UJIAN BERTUTUR SPM- KUMPULAN

 
















TAKSIRAN KUMPULAN


Ahli kumpulan ( 3-5 orang mengikut angka giliran) masuk ke dalam bilik kuarantin untuk persediaan ujian bertutur kumpulan. Pengawas di bilik kuarantin akan memberikan soalan kepada calon untuk perbincangan selama 8 minit sebelum diuji di bilik ujian.

Setelah cukup masa 8 minit berbincang, calon akan bergerak ke bilik ujian untuk memulakan ujian bertutur kumpulan.
Setiap kumpulan diberi masa 12 hingga 15 minit untuk menyelesaikan ujian.

Perbincangan kumpulan  akan berlangsung dalam 2 pusingan. 

Pusingan pertama calon akan bertutur mengikut giliran masing-masing.

Pusingan kedua calon bebas mengemukakan pendapat. Pentaksir bertindak sebagai fasilitaor/pemudah cara jika perbincangan kumpulan terhenti atau didominasi oleh seorang calon sahaja.

Semasa ujian, tiada buku catatan, nota, peranti dan alat tulis yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bilik ujian. Calon dikehendaki menyerahkan kertas soalan kepada pentaksir.

CONTOH TAKSIRAN KUMPULAN









DAPATKAN PANDUAN UJIAN BERTUTUR DI SINI


DAPATKAN CONTOH TAKSIRAN INDIVIDU DI SINI


DAPATKAN CONTOH SKRIP TAKSIRAN KUMPULAN DI SINI


DAPATKAN TEMA UJIAN BERTUTUR DI SINI


RUJUK JADUAL UJIAN BERTUTUR DI SINI











Post a Comment

0 Comments