📝 PERMOHONAN HLP, CBBP TB dan HLPS bagi PPP KPM TAHUN 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 akan dibuka pada 18 Disember 2025 (Khamis), 10:00 pagi sehingga 19 Januari 2026 (Isnin), 5:00 petang.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/CBBP TB/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal, mengemaskini maklumat profil di Sistem eOperasi dan merujuk Portal Rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, terima kasih.



0 Comments