Selamat datang ke blog cikgunas.com >>>> Ilmu Bermanfaat Dikongsi Bersama cikgunas.com

📝 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2022












Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; 

dan/atau

 ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.





Post a Comment

0 Comments